Wednesday, 5 October 2011

bERliNdunG DENgaN ALLAH

 
ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT ANA......

Ana harap semuanya sihat-sihat dan semoga ALLAH meredai setiap perjalanan  dan semua perbuatan kita hari niE.....hari nie dan pada saat dan ketika ini ana nak bercerita pada sahabat-sahabat semua tentang berlindung dengan ALLAH...erm...tentu hari2 sahabat dengar kan tentang perkaran ie....tapi kadang-kadang bernda nie masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri kan...jadi hari nie ana nak sahabat2 baca dan telitinya...sebab perkara nie sangat penting tau...PENTING.....=)

BERLINDUNG DENGAN ALLAH....agak-agak apa yang sahabat-sahabat semua bayangkan ek.....tentu semua orang tengah berfikir untuk meminta dengan ALLAH kan......yup...betul tue pandai pun......kita nie mesti meminta pertolongan dan perlindungan daripada ALLAH....

jap2...sebelum tue ana nak sahabat-sahabat fikir...adakah kita nie layak minta pertolongan dengan ALLAH.....(kejam kan soalan ana tue)...cuba kita renung sejenak ALLAH nie sangat penyayang dan mengasihani jadi semua orang diberikan nikmat kesenangan tetapi kadangkala kita kufur dengan nikmat yang diberi ALLAH...kita mendabik dada tentang kejayaan itu disebabkan oleh usaha gigih kita sedangkan kita tidak sedar tanpa pertolongan PENCIPTA KITA maka kita tidak dapat berada pada tahap yang sekarang...kejam tak kita??ana rasa ana nie kejam sangat....TETAPI ALLAH nie xkejam...DIA tetap mendekati hambanya walaupun hambanya tidak pernah mengingatiNYA.....ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENGAMPUN......

jadi tunggu apa lagi sahabat-sahabat......marilah sama2 kita mengenal ALLAH dalam erti kata sebenar...ALLAH menunngu kepulangan hambanya dengan taubat yang bersungguh-sungguh....marilah sama-sama kita bangkit  meredah belukar tajam yang pedihnya sampai ke dasar hati demi meninggalkan segala tipudaya syahwat dan keghairahan nafsu. kita mesti memilih jalan ini kerana keperitan ini akan memberi kemanisan di akhirat nanti....

sahabat-sahabatku..ana tahu bukan senang untuk kita semua melawan nafsu dan gejolak rasa yang bermain di fikiran......jadi ana telah cari beberapa carra untuk mendekatkan diri dengan ALLAH..ana rasa ianya berguna untuk ana dan sahabat-sahabat semua....antaranya ialah :

1) Berdoa kepada Allah agar dimudahkan segala ujian keimanan.

Daripada Asma’ binti Abu Bakar al-Siddiq RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ”Ketika aku sedang berdiri di tepi telagaku (al-Kauthar pada hari kiamat nanti) sambil menunggu orang-orang yang datang meminum daripadanya, maka tiba-tiba ada orang-orang yang dihalang daripada sampai ke sisiku (ke tepi telagaku). Lalu aku berkata: ”Bukankah mereka itu dahulunya dari kalangan umatku? Maka dikatakan kepadaku: ”Ya benar, tetapi engkau tidak mengetahui bahawa mereka setelah itu kembali ke belakang (berpaling tadah meninggalkan ajaranmu).” Berkata Ibnu Abu Mulaikah (salah seorang daripada perawi hadis): ”Ya Allah kami berlindung dengan-Mu daripada kembali kepada kekufuran atau kami diuji dengan ujian yang berat.” (Riwayat al-Bukhari)
Cucuran air mata penyesalan pada setiap doa yang dilafazkan begitu menusuk ke jiwa orang yang beriman apatah lagi dengan ingatan pada diari kekufuran yang tertulis di sepanjang lembar kehidupannya. Siapakah yang merasa terjamin imannya akan selamat sampai dia menjumpai keredaan Allah SWT pada penghujung hidupnya? Tiada siapapun mengetahui adakah langkah-langkahnya menuju pintu syurga itu akan terhenti lalu berpaling ke lubuk neraka. Berlindunglah kita kepada Allah dari Suul Khatimah.
2)Waspada dengan tipudaya syaitan.

Musuh yang paling berbahaya, syaitan boleh berada di dalam tubuh manusia. Bahkan ia bergerak bersama aliran darah orang yang dapat dikuasainya. Pujuk rayunya begitu halus bahkan ia seolah-olah boleh menjadi kawan yang amat rapat (Qarin) dan memahami jiwa orang yang dirasuknya. Pendekatan tipudaya syaitan adalah pelbagai bergantung kepada jenis manusia yang mereka dekati. Mereka membelit orang alim melalui ilmunya, sedangkan ahli ibadat dirasuk dengan amalnya. Orang kaya dirosakkan dengan hartanya, pemimpin dengan egonya, sedangkan orang yang miskin lebih dekat dengan kekufuran kerana kesusahan yang ditanggungnya. Hanya orang beriman yang dilindungi Allah SWT sahaja yang dapat mematahkan tipu daya syaitan.
Aisyah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW pernah keluar dari rumah Aisyah pada suatu malam, lalu aku merasa cemburu terhadapnya. Apabila beliau kembali dan melihat apa yang aku lakukan, beliau berkata kepadaku: ”Wahai Aisyah apakah engkau cemburukan aku? Jawabku: Bagaimanakah orang seperti aku ini tidak merasa cemburu terhadap orang sepertimu? Kemudian Beliau berkata pula: Kenapa sampai begitu? Apakah syaitanmu telah merasukmu? Aku lalu bertanya: Wahai Rasulullah, apakah aku memiliki syaitan? Jawab Beliau: Benar! Aku bertanya lagi: Apakah syaitan itu ada pada semua manusia? Jawab Beliau: Benar. Aku bertanya lagi: Dan Engkau juga ada syaitan? Jawab Beliau: Benar, akan tetapi Tuhanku menolongku terhadap syaitan itu hingga akhirnya ia menyerah kalah.” (Riwayat Muslim)
Hadis di atas menerangkan kepada kita bahawa setinggi manapun ilmu kita dan sebanyak manapun amalan yang dilakukan tidak menjamin kita selamat daripada tipudaya syaitan. Sedangkan isteri Rasulullah SAW pernah merasakan tipudaya syaitan ini hingga Rasulullah SAW menegurnya supaya lebih bersabar dan bermujahadah melawan serangan syaitan laknatullah. Kemampuan mengawal kehendak syaitan dalam diri kita dan mengusirnya menuntut perjuangan yang panjang dan berterusan. Jangan berlengah sedikitpun dengan melepaskan diri kita jatuh ke dalam gelanggang perlawanan syaitan tanpa iman yang mantap sebagai senjata pertahanan diri.
3)Iman, ilmu dan amal salih benteng pertahanan diri.


Bantulah diri anda untuk istiqamah di jalan Allah dengan tiga kekuatan yang saling berkait antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Iman mesti diperoleh dengan ilmu yang benar dan ilmu mesti disemai dengan amal salih sebagai hasilnya. Iman sifatnya relatif, naik dan turun mengikut keadaan semasa. Jika anda merasa kekurangan semangat iman, cuba ingatkan diri anda berapa lama anda tidak aktif mengkaji dan menghayati ilmu Allah? Tiada dorongan dan kesedaran menuntut ilmu menyebabkan anda semakin malas untuk beramal salih dan akhirnya kekerasan hati semakin menjadi dengan palitan-palitan nafsu yang dituruti kemahuannya. Akhirnya terjerumuslah anda dalam kealpaan seperti seseorang yang sedang menaiki anak tangga yang tinggi untuk mendapatkan keredaan Tuhannya, tiba-tiba kerana satu kesilapan ia jatuh terperosok kembali ke anak tangga yang paling bawah.
Imam al-Ghazali di dalam Bidayatul Hidayah merumuskan empat aktiviti yang mesti dilakukan oleh orang yang di hatinya tersimpan iman yang mendalam;
Pertama menuntut ilmu, kedua beribadat, ketiga menolong untuk kemaslahatan kaum muslimin dan terakhir bekerja mencari nafkah untuk keluarga.
Jika waktu kita dipenuhi dengan aktiviti seperti di atas insya Allah tiada ruang untuk kembali kepada kekufuran kerana keyakinan kepada janji Allah iaitu kejayaan di dunia dan akhirat, seperti yang tertulis di dalam firman-Nya: ”Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih bahawa Dia bersungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah (perjanjian) itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” ( Surah al-Nur: Ayat 55)
http://www.sharemotivasi.com/2011/09/berlindung-kepada-allah-dari-kekufuran.html

jadi...apa lagi sahabat...marilah sama2 kita memohon pertolongan daripada ALLAH semoga diberi kesempatan untuk bertaubat dan merebut peluang yang telah diberikan oleh ALLAH ini....jangan sia-siakan peluang ini.....

jumpa lagi.....

ASSALAMUALAIKUM.........

No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...