Wednesday, 12 October 2011

siti yang hebaT

Assalamualaikum SAHABAT SEKALIAN.........

selawat dan salam ana panjatkan kepada ALLAH kerana ana telah diberi kesempatan untuk menulis pada hari nie......ana juga bersyukur kerana ALLAH telah membuka jalan yang baik untuk ana......hanya lafaz ALHAMDULILLAH BUATMU YANG MAHA PENGASIH DAN PEMURAH YA ALLAH.......

 BERBALIK pada tajuk ana hari nie iaitu SITI YANG HEBAT....agak2 cerita apa yang ana bawa hari nie??? adakah ana nak cerita tentang SITI NURHALIZA....SITI SARAH...MEK SITI.....Atau mana2 siti lain.....dapat teka tak siti apa yang ana nak cerita?????

hari nie ana nak bercerita tentang 9 orang SITI yang sangat hebat........

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

dah baca sahabat2 semua....ana just copy dari FB ana tadi.....tapi apa yang ana dapat dari cerita 9 siti yang hebat nie ialah ana akan cuba untuk memperbaiki diri dan mendekati ISLAM......YA ALLAH MANISNYA SEANDAINYA KEMANISAN IMAN ITU DAPAT KAMI RASAI.....

Jadi bersediakah sahabat semua untuk membuat perubahan dan menjadi wanita solehah.....BERUSAHA...BERUSAHA......INGAT...ALLAH TIDAK MENUNGGU KITA....KITA YANG KENA MENCARI ALLAH....

ALLAH...ALLAH....ALLAH....


No comments:

Post a Comment

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...