Saturday 8 October 2011

pergAulaN

assalamualaikum sahabat sekalian....

apa khabar sahabat semua..ana doakan semoga semua sihat walafiat dan berada dalam lindungan ALLAH...kepada kawan2 ana yang tidak sihat tue...teruskan bersyukur kerana ALLAH memberi peluang kepada kita untuk terus mngingati ALLAH.....

hari nie ana nak cakap berkenaan dengan pergaulan....tentu semua orang sudah bisa bergaul kan....samalah macam ana.....ana ada ramai sahabat dan kalau boleh ana nak jagan pergaulan ini dengan baik...ingat kawan2...ALLAH meredhai persahabatan ataupun pergaulan yang baik.......

hari nie ana nak bercerita tentang hubungan seorang lelaki dan perempuan.......biasalah dalam zaman sekarang nie lelaki dan perempuan kena berhubung atas dasar kerja kan????ISLAM NI INDAH....adalah perkara yang digariskan untuk memudahkan kita menjaga hubungan  yng sedang ada....antara perkara yang boleh dibuat untuk memastikan perhubungan ataupun pergaulan yang kita buat tidak jatuh kepada dosa ialah :

1) Menahan pandangan
~Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka." (Surah al-Nur:30-31)

~~jadi..jaga mata tue....kalau rasa nak merayap kat tempat lain....cucuk jer jarum kat mata tue.....=)...dengan mata la syaitan boleh menghasut kita dengan pantas......dari mata turun ke hati....



2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya.
Firman Allah yang bermaksud:
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...." (Surah al-Nur : 31)

~tengok...manis kan larangan ALLAH tue....kaum hawa kena jagalah anugerah yang ALLAH bagi kepada kita nie...ALLAH tahu apa hikmat sekiranya kita menurut aurat....lagipun untuk pengetahuan kaum hawa, kaum adam sangat suka melihat kaum hawa yang tertutup.....betul tak kaum adam???hehehe

3. Hendaklah menjaga adab-adab sebagai seorang muslimah dalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:
  1. Perkataan - elakkan daripada menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
  2. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
  3. Pergerakan - tidak melenggang-lenggok
~nampak tak larangan tue????ingat sahabat ana yang bertitle HAWA......jgan menggunakan atau membuat reaksi yang tidak sepatutnya itu kerana ianya boleh menjatuhkan maruah hawa yang lain dan mampu memberi kesan yang buruk kepada golongan ADAM.....
BANTULAH MEREKA...JAUHAKAN DIRI DARIPADA API NERAKA......


4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna-warna yang menarik perhatian.
~JANGAN MEMAKAI WANGI-WANGI SANGAT TAU....SEBAB ORANG SUKA MENCIUM BAU YANG WANGI..SELEPAS CIUM BAU TUE MULALAh SYAITaN MEBAWA IMAGINASI YANG BURUK PADA KITA....(TApi jangan busuk sangat pulask yer...)..

5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
~amboi....mentang2 ana cakap yang kita boleh bergaul lelaki perempuan....menonong jer kaum adam dan hawa nak keluar bersama...JANGAN KELUAR BERDUA JER...SEBAB BILA BERDUA JER AKAN ADA YANG KETIGA......JADI BAWA MUHRIM ANDA...KALAU MUHRIM XNAK IKUT AJAK ANA YER.....Hhuhu...

BAIKLAH SAHABAT-SAHABAT SEMUA....

ANA RASA TUE JER DARIPADA ANA...ANA NAK SEMUA SAHABAT AMBIL BERAT TENTANG PERKARA INI....SEBAB KALAU KITA SEMUA AMBIL LEWA PERKARA NIE MAKA ISU DAN KES PEMBUANGAN BAYI NIE SMEAKIN BERLELUASA...ANA HARAP SAHABAT SAHABAT ANA FAHAM YER......



SAMA2 LAH KITA MENUJU REDHA ILLAHI...

ASSALAMUALAIKUM....

3 comments:

  1. gigih tau nak bawa jarum pgi mana2.......

    aina halmi~terima kasih..sama2 kita perbaiki diri yer...=)

    ReplyDelete

Rindu Itu Memenatkan

😢😢 Aku rasa sedih.  Aku rasa pilu. Aku rasa rindu. Aku rasa letih. Saat ini aku rasa biarlah aku pejamkan mata dan bermimpi utuk balik ke ...